Friday, November 17, 2017

RESEPI UDANG GORENG KASTURI

Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul.

BAHAN BAHAN
10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
Secawan minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
1. Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat,

2. Panaskan minyak masukkan udang. setelah masak angkat udang.

3. Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana

4. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi.Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment