Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida,
yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai
lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SAMBAL SOTONG LADA HIJAU
1 kg sotong
1 labu bawang besar-potong bulat
2 biji limau kasturi-ambil jusnya
2 sudu besar sos tiram
gula dan garam secukup rasa
air jika perlu
minyak utk menumis
BAHAN DIKISAR
10 tangkai cili hijau
6 tangkai cili padi merah/hijau
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
PROSES MASAK
Bersihkan sotong, potong, cuci dan toskan.
Ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan
bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan
kisar dan gaul rata. Kacau dan masak
hingga terbit minyak.
Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan
gula dan garam secukup rasa.Biarkan mendidih dan masak guna api sederhana
Masukkan sotong, gaul rata dan tutupkan
kuali. Masak dlm 3 minit. Buka penutup tambahkan jus limau kasturi dan gaul
rata.Bila dah masak sempurna dan cukup rasa.
tutup ap dan bolehlah di hidangkan.Sedap di
makan bersama nasi lemak atau nasi putih panas.
No comments:
Post a Comment