Nasi goreng
merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan,
kecuali telur goreng.
Nasi goreng
dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan
makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut
digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa
kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis,
udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
Bagi
masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng
sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng
kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan
telur sebagai bahan utama.
BAHAN BAHAN
1 mangkuk besar nasi
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
PROSES MASAK
Panaskan
minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili kisar hingga cili garing
Masukkan
telur dan biarkan sebentar
Masukkan
nasi dan gaul hingga rata.Tambah garam secukup rasa.
Biarkan atas
api sederhana dan sesekali dikacau hingga nasi masak elok dengan rasa yang
sepatutnya.
siap
dihidangkan dengan menu iringan..
No comments:
Post a Comment