Thursday, November 16, 2017

RESEPI SOTONG DAN KACANG PANJANG BERSAMBAL

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SOTONG DAN KACANG PANJANG BERSAMBAL
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
500 gm sotong (dibersihkan dan toskan)
10 batang kacang panjang potong pendek iku suka
2 sudu besar air asam jawa
1 cwn cili kisar
1 sudu besar kicap jalen manis
1 kiub pati ikan bilis
garam dan gula - secukup rasa
1 /2 cwn minyak utk menumis

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah (bwng kecil)
1/2 inci belacan

PROSES MASAK
Rebus sotong separuh masak dan toskan.

Panaskan minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.

Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Masukkan jus asam jawa dan kacau sapai sebati

Masukkan kacang panjang, gaul sebati dan tutup kuali.Buka penutup kuali dan masukkan sotong. Gaulkan sebati.

Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.

Setelah siap, angkat dan bolehlah di hidangkan.

No comments:

Post a Comment