Daging salai
ialah kaedah menyediakan ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman
prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh
cepat rosak untuk masa yang lama. Terdapat dua mekanisme untuk pengawetan cara
ini: penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman
sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam
kebanyakan budaya.
RESEPI
DAGING SALAI GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN
200gm daging
lembu salai -
Kicap manis
secukupnya
2 sudu sos
tiram
Kacang
panjang - potong
Minyak
Garam dan
gula secukup rasa
BAHAN HIRIS/
CINCANG/ KETUK
1/2 biji
bawang besar - hiris
2 ulas
bawang putih - cincang halus
5 sudu Chili
Mesin
2 biji cili
merah - hiris nipis
2 batang
serai - ketuk sikit
PROSES MASAK
Perap daging
salai dengan kicap manis selama 1 jam
Panaskan
sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah.
cili mesin dan serai hingga naik bau
Masukkan sos
tiram dan kacau sebati sehngga naik bau
Masukkan
daging salai dan kacang panjang, gaul
sebati perasakan dgn garam dan gula, gaul.
Siap untuk
dinikmati
No comments:
Post a Comment