Sawi atau kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan
Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.
RESEPI
SAWI JEPUN SOS TIRAM
300 gm sawi
jepun segar
2 ulas
bawang putih
isi ayam
2 sudu teh
Sos Tiram
2 sudu teh
kicap manis
Sedikit
tepung jagung
Sedikit minyak
untuk menumis
Garam gula
perasa secukupnya
PROSES MASAK
Bersihkan
sawi tetutama celah celah sawi takut ada semut dan lain lain. Toskan air
Panaskan air
dalam kuali, titiskan beberape titik minyak masak zaitun. Minyak biasa pun
boleh dan masukkan sedikit garam
Bila air dah
mendidih celur sawi tu dan susun dalam pinggan
Panaskan
minyak, tumiskan bawang putih yang dititik dan dipotong/racik kecil kecil
Bila bawang
dah kuning, masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi
Masukkan
kicap manis , ayam racik, gula dan perasa secukupnya
Masak hingga
mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan. dah masak
siram atas sawi yg disusun tadi.
Taburkan la
sedikit bawang goreng dan daun bawang...siap untuk di hidang..
No comments:
Post a Comment