Belais atau Baronang
(Siganus Sp.) adalah sekelompok ikan laut yang masuk dalam keluarga Siginidae.
Ikan ini dikenal oleh masyarakat dengan nama yang berbeza beza satu sama lain Baronang
ditemukan di perairan dangkal laguna di wilayah Indo-Pasifik dan timur Laut
Tengah. ikan ini dalam bahasa inggris disebut rabbitfish karena prilaku
makannya yang memakan tumbuh-tumbuhan (rumput laut) secara rapi seperti
dipangkas mesin rumput kecil. Baronang merupakan salah satu ikan yang menjadi kegemaran
bagi para pemancing di laut.
BAHAN BAHAN
2-3 ekor ikan belais - bersihkan dan potong 2
kalau besar
3/4 cawan santan pekat - ambil kepala
santannya sahaja
1 1/2
sudu makan serbuk kunyit
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
BAHAN
DIKISAR
5-7 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu makan biji ketumbar
PROSES MASAK
Goreng ikan
separuh masak - angkat dan ketepikan
Panaskan minyak
dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
Masukkan
serbuk kunyit dan gaul rata
Masukkan
ikan dan tuangkan santan pekat
Masak
sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana
isi ikan yang lembut akan pecah. Gunakan api perlahan. Tambahkan
garam
Perah jus limau nipis ke qatas ikan dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment