Thursday, November 16, 2017

RESEPI TELUR MASAK PALEMBANG


BAHAN BAHAN
10 biji telur ayam- di rebus
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis
minyak utk menumis

BAHAN BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar

BAHAN TUMIS
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang merah
2 ulas bwng putih-hiris 

CARA MEMASAK
1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelarkan sikit putihnya

2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak

3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana

4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga telur mesra. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata

5. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.


No comments:

Post a Comment