Thursday, November 16, 2017

RESEPI SAMBAL TERUNG BERKUPANG

Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an.

Ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.

BAHAN BAHAN
300gm  isi kupang-bersihkan,cuci dan toskan
1 batang terung panjang
2 btg serai-diketuk
11/2 cwn cili kisar
1 labu bwng besar-di mayang
1/4 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar kicap manis jalen
1/2 cwn utk menumis

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 sudu besar udang kering

PROSES MASAK
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar shj. Masukkan cili kisar.

2. Masukkan bahan kisar tadi juga serai. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan terung dan masak hingga separuh masak. Masukkan kupang dan gaul rata.

3. Masukkan air asam jawa, kicap,garam dan gula. Kacau sebati. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

No comments:

Post a Comment