Thursday, November 16, 2017

RESEPI SERAWA DURIAN

Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian)[yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-19, Alfred Russel Wallace, masyhur memerikan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.

1 biji durian - ambil isinya
1 cawan gula
500ml santan
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan – disimpul

PROSES MASAK
Satukan isi durian,gula,santan,air dan daun pandan dalam satu periuk dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan secubit garam dan kacau sebentar

Masukkan tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga kuah pekat

Matikan api dan boleh dihidangkan (Kuantiti gula boleh ditambah/dikurang mengikut kemanisan yang disukai)

No comments:

Post a Comment