Wednesday, November 15, 2017

RESEPI LOKAN MASAK KICAP BEREMPAH

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak. 

BAHAN-BAHAN
200 gm Isi Lokan
Daun kari
3 Sudu serbuk kari ikan Baba's
1 Sudu serbuk cili Baba's
2 Biji telur
1 Sudu kecil pati asam jawa
Secubit garam
Minyak Masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS / CINCANG
3 Ulas bawang putih  - dicincang
4 Ulas bawang merah - dihiris
2 Inch halia  - dihiris

PROSES MASAK
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari seketika ( tidak perlu sehingga garing )

Masukkan campuran serbuk kari dan serbuk cili yang telah di gaul bersama air sehingga naik minyak

Masukkan lokan dan kacau seketika Selepas tu masukkan telur dan kacau sempurna

Masukkan asam jawa dan garam dan Sedia untuk di hidang

No comments:

Post a Comment