Tempoyak
dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan
ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di
dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu
sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti
gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di
negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan
patin masak tempoyak sangat terkenal.
BAHAN BAHAN
2 bungkus rebung - beli yg dah siap disagat
15 tangkai daun geti
300ml santan pekat
Perencah - ikan bilis
Air - ikut kepekatan yg dikehendaki
Perasa
BAHAN KISAR
10 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
1 sudu teh serbuk kunyit
PROSES MASAK
Rebung
direbus (untuk hilangkan pahit) lebih kurang 20-30 minit.Toskan.
Daun geti
diasingkan dari tangkainya,dicuci dan toskan.
Ketepikan
Satukan
bahan-bahan yang dikisar,rebung,perencah dan air dalam periuk.Biarkan hingga
mendidih
Masukkan
santan dan bahan perasa. Kacau seketika.
Masukan tempoyak dan daun geti.Biarkan mendidih. Siap
untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment