Thursday, November 16, 2017

RESEPI TELUR MASAK KURMA

Korma (dari Turki kavurma), juga dieja kormaa, qorma, khorma, atau kurma, adalah hidangan yang berasal dari Asia Tengah yang terdiri daripada daging atau sayur-sayuran tumis dalam sos berempah dibuat dengan yogurt, krim, kacang atau pes biji.

RESEPI TELUR MASAK KURMA
BAHAN BAHAN
5 – 6  biji telur yang telah direbus dan dikupas.
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 keping asam gelugor/asam keping garam 
gula secukup rasa
1/2 cwn minyak untuk menumis
3 sudu besar rempah kurma
 1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
1 cawan santan pekat air secukupnya
2 biji cili merah/hijau di potong separuh
2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
1 biji buah tomato belah 4

BAHAN BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah  
2 ulas bawang putih  
1 labu bwng besar
sejemput ikan bilis

CARA PENYEDIANNYA
1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar.

2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan telur dan masak hingga mendidih. Masukkan santan,kemudian masukkan asam keping, bawang besar yg di belah 6, cili, gula dan garam.

4. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment