Rendang
adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada
masyarakat Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya.
Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau
purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan
dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat
pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.
Kebanyakkan
bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang
pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan
disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan
Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis
perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri
harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan
masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di
Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
RESEPI TELUR MASAK RENDANG
BAHAN BAHAN
10 biji telur- direbus, buang kulit dan
kelar2 sikit permukaannya
1/2 cwn santan pekat
1 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan
hiris halus
2 helai daun limau purut
2 kpng asam gelugor
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
air sekiranya perlu.
BAHAN BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 ulas bwng merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai-hiris halus dulu
4 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi padi
CARA MEMASAK
1. Masukkan bahan2 yg di kisar ke dlm kuali.
Gaul rata dan masak hingga mendidih. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula
Melaka. Kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu.
Masukkan kerisek dan gaul rata
2. Setelah cukup rasa, masukkan telur yg telah
di rebus tadi dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga
sedikit pekat
3. Setelah siap, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment