Friday, November 17, 2017

RESEPI SAMBAL KUPANG

Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an.

Ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.

RESEPI SAMBAL KUPANG
BAHAN BAHAN
500 gm isi kupang
1 labu bawang besar- Dihiris
1/4 cwn air asam jawa
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa.

BAHAN BAHAN KISAR
1 cwn cili kering kisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm belacan

 PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing. Tumis sehingga naik bau dan berminyak.

Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pekat.

Masukkan kupang dan bawang besar. Tambah sedikit gula supaya sambal manis sedikit.

Masakkan sehingga bawang layu. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangkan.

No comments:

Post a Comment