Monday, November 13, 2017

RESEPI AYAM KUNG PAO GAJUS

Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung  adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale  dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.

Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.

RESEPI  AYAM KUNG PAO GAJUS
BAHAN-BAHAN A
500 gm isi ayam
tepung jagung
garam

BAHAN B
100 gm kacang gajus
30gm lada kering – potong
2 biji bawang Kuning  besar - potong dadu
1 biji lada bangala hijau- potong lebar
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
minyak Masak
garam

BAHAN KISAR / TUMBUK HALUS
4- 5  ulas bawang putih
2 inci halia
2 Batang Serai di ketuk

PROSES MASAK
Goreng Gajus  dan toskan minyak

isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan

Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan

Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar

Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.

Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.

Siap untuk dinikmati



No comments:

Post a Comment