Thursday, November 16, 2017

RESEPI PARU GORENG MASAK LADA SAMBAL

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

BAHAN BAHAN
1/2 kg paru - direbus dan hiris nipis
3 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar - hiris bulat
1 tangkai cili merah - hiris nipis
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng dan menumis

PROSES MASAK
Gaul paru yg telah direbus dan dihiris nipis tadi dengan garam dan kunyit

Panaskan minyak dan goreng paru hingga masak.Tidak perlu terlalu garing.Angkat dan ketepikan

Tumiskan cili kisar hingga garing

Masukkan perasa dan air asam jawa secukup rasa

Masukkan paru tadi dan kacau sebati

Masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris tadi.Kacau hingga bawang layu

SIap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment