Thursday, November 16, 2017

RESEPI RENDANG HATI LEMBU

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.
BAHAN BAHAN
1 kg hati lembu
250ml santan pekat
2 batang serai - diketuk
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
Perasa

BAHAN KISAR
2 bungkus serbuk kari
3 ulas bawang besa
4-5 ulas bawang putih
Halia

PROSES MASAK
Kisar bahan untuk dikisar dan masukkan ke dalam kuali bersama hati lembu. Biarkan hingga mendidih.

Masukkan santan, serbuk lada hitam,serai dan bahan perasa.Biarkan hingga masak boleh ditambah sedikit air jika tidak suka kuah terlalu pekat

Bila dah masak,boleh lah dihidangkan mengikut kreativi masing-masing

No comments:

Post a Comment