Asam Pedas ialah sejenis masakan
Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua
orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan
Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu
mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka
dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada
citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat
berbeza dari sudut rasa dan
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
1 sudu kecil halba
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
asam jawa
daun selom
garam
BAHAN KISAR
15 - 20 cili kering
Bawang Besar
Sedikit Belacan
PROSES MASAK
1. cili kering dipotong kecil dan direndam
dlm air panas kemudian dikisar bersama bawang besar dan belacan
2. Panaskan minyak tumis bwg merah, bwg putih
dan halba sehingga wangi.
3. Masukkan cili Kisar tadi tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan air jugak,
agak2 utuk kuahnya, jgn terlalu pekat dan terlalu cair.
5. Masak hingga mendidih, baru masukkan
ikan.Akhir sekali masukkan daun kesom dan
perasa dgn garam..
No comments:
Post a Comment