Thursday, November 16, 2017

RESEPI IKAN GERUT MASAK LEMAK CEKUR

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

Penggunaan atau kaedah masak lemak ini sangat lazim pada budaya yang asal-usulnya di kawasan yang banyak menggunakan pokok kepala dalam kehidupan dan pemakanan seharian seperti orang Minang, orang Jawa, orang Pantai Timur Malaysia dan mereka yang duduk berhampiran sawah serta pantai.

RESEPI IKAN GERUT MASAK LEMAK CEKUR 

BAHAN BAHAN
2 keping kepala ikan Gerut
Campuran sedikit isi ikan
1 keping asam gelugur
1 btng serai- di titik
2 biji buah tomato - di belah 4
2 cwn santan pekat
1 cawan santan cair
daun cekur secukupnya- di hiris
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

BAHAN KISAR
5 biji bwng merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ketul ubi cekur
4 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi merah/hijau

CARA MEMASAK
Bersihkan ikan, cuci dan toskan.

Panaskan miyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 kisar, serai sehingga naik bau.

Tambahkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.

Masukkan asam keping dan ikan. Masukkan pula santan pekat dan biarkan mendidih.

Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan pula tomato dan hirisan daun cekur Biarkan mendidih lagi.

Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah matikan api, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment