Thursday, November 16, 2017

RESEPI PISANG GORENG KEJU / CHESSE

Keju (dari perkataan bahasa Portugis: queijo) adalah makanan mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein kasein susu. Lazimnya, susu dijadikan asid dan tambahan renetyang menyebabkan penggumpalan. Pepejal-pepejal itu kemudiannya dipisahkan dan dimasukkan bentuk akhir. Sesetengah keju juga mengandungi kulat, sama ada pada kulit luar atau secara keseluruhannya.

Ratusan jenis keju telah dihasilkan. Gaya, tekstur dan perisa mereka yang berbeza bergantung pasa asal susu tersebut (termasuk diet binatang itu), sama ada ia telah dipasteur, kandungan lemak mentega, spesis bakteria dan kulat, dan pemprosesan termasuk tempoh penuaan. Herba, rempah, atau asap kayu boleh digunakan sebagai ejen-ejen perisa. Warna kekuningan ke merah-merahan pada keju-keju adalah hasil menambah annatto. Keju boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dalam pelbagai hidangan; kebanyakan keju cair apabila dipanaskan.
BAHAN BAHAN PISANG GORENG
Sesikat pisang nipah atau apa2 jenis pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin/ 2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 3/4 cwn air
Minyak masak secukupnya utk menggoreng

PROSES MASAK
Cairkan mentega, ketepikan dulu dan Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur. Kacau rata

Tuangkan margerin cair. Kacau sebati dan Masukkan pisang

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang hingga kuning keemasan

Angkat dan toskan minyaknya

BAHAN SOS
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan Yatie tak letak

PROSES MASAK
Dalam kuali yang bersih, cairkan butter

Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju yg di parut, dlm 2 sudu besar.Kacau rata

Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi. Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai

Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan Sedap di makan ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment