Thursday, November 16, 2017

RESEPI IKAN KERISI TUMIS ASAM

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

RESEPI IKAN KERISI TUMIS ASAM

BAHAN BAHAN
5-6 ekor ikan kerisi
1 batang serai- di titik
2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
Garam dan sedikit gula
Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
Minyak secukupnya
1 cawan air atau secukupnya1 kuntum bunga lawing

BAHAN HIRIS
2 tangkai cili hijau/merah
6 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA MEMASAK
1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.

2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.

3. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan.sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.

4. Sedap di makan bersama nasi putih panas. Masaklah hingga ikan masak dan kepekatan yg disukai.Hidangkan panas.

No comments:

Post a Comment