Kuih
jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya
adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih
tradisi.
Jemput-jemput
atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali
sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika
diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan
menggunakan ukuran sudu.
CUCUR UDANG
Jemput-jemput
udang atau juga dikenali sebagai cucur udang, pada asasnya adalah merupakan
gandum yang digoreng dalam minyak masak. Jemput-jemput udang mendapat nama
kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut
iaitu udang kering atau segar. Ia turut dikenali sebagai jemput-jemput kerana
saiznya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk
digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
Cucur udang
sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi
goreng mamak atau pasembur.
BAHAN BAHAN
udang -
mengikut bilangan berapa biji cucur yg dihasilkan
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh yis (mauripan)
1 biji bawang besar potong dadu
daun daun bawang
taugeh
sedikit kunyit
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
PROSES MASAK
Campurkan
kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik dalam 30 minit.
Panaskan
minyak dalam kuali. Dan paling elok minyak banyak supaya gorengan cantik
Letak senduk
bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
Ceduk
sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak seekor udang. Masukkan dlm minyak
panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
Goreng cucur
hingga masak dan angkat serta toskan.
Bolehlah
dipotong 4 sebelum dihidangkan. Goreng seperti biasa dan selalu balikkan cucur
sehingga garing sekata.
No comments:
Post a Comment