Friday, November 17, 2017

RESEPI MASAK LEMAK BUAH PISANG MUDA

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN BAHAN
1 ikat pisang muda
5 biji cili api
3 cm kunyit hidup
Santan pekat dari sebiji kelapa ( boleh tambah jika kurang kuah)
Segenggam ikan bilis

PROSES MASAK
Bahan yang ditumbuk lumat cili api, kunyit hidup dan masukkan juga garam supaya mudah nak menumbuk nanti.

Pisang muda yang sudah siap dikupas. Cara nak mengupas pisang ini ialah dengan menyiat kulitnya sahaja. Pisau perlu disapukan dengan minyak kalau tidak nanti getah pisang muda akan melekat pada pisau.

Mula sekali masukkan santan pekat , bahan ditumbuk lumat , ikan bilis dan biarkan sampai kuah mendidih sekejap dan terus dimasukkan pisang muda.Kacau kuah dan buah pisang supaya menjadi mesra. Kemudian biar kuah mendidih dan buah pisang menjadi empuk dan masak.

Dah pun siap pisang masak lemak ini.

No comments:

Post a Comment