Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida,
yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai
lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
500g sotong - dibersihkan & potong
kemudian dicelur sebentar & toskan
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah- dihiris
3 ulas bawang putih- dicincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau-dihiris
5-6 biji cili padi
PES / SAMBAL
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu kecil rempah kari ikan
11/2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil sos ikan
6 sudu besar air panas
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan masukkan daun kari,
bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata &
biarkan lebih kurang 3 minit.
Masukkan sotong dan cili hijau. kacau rata. Masukkan
garam(jika perlu) & gula dan masak 5 minit. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment