Monday, November 13, 2017

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Daging salai ialah kaedah menyediakan ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh cepat rosak untuk masa yang lama. Terdapat dua mekanisme untuk pengawetan cara ini: penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam kebanyakan budaya.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN
300gram daging lembu Salai
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Daun kunyit
Garam
Belimbing buluh 
1-2 Biji kentang – potong 6

BAHAN DI KISAR
10 – 15  biji cili padi
1cm Kunyit Hidup
2 btg serai - Serai - dititik

PROSES MASAK
Masukan bahan kisqar dan serai ke dalam periuk .

Masukan  satu  cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.

Masukan belimbing sekiranya ada. Kalau tiada boleh guna mangga juga

Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment