Monday, November 27, 2017

RESEPI SINGGANG IKAN TENGGIRI

Rebus merupakan satu teknik menggunakan air pada tahap suhu yang tinggi dengan merendam atau meletakkan sesuatu ke dalam air terbabit. Rebus merupakan kata nama. Merebus merupakan tingkahlaku atau perbuatan yang melakukannya.

Merebus adalah pengewapan pesat satu cecair, yang lazimnya berlaku apabila cecair tersebut dipanaskan pada suhu tekanan wapnya adalah melebihi tekanan persekitaran, seperti tekanan udara. Oleh itu, cecair boleh juga mendidih bila tekanan dari suasana sekeliling adalah dengan dikurangkan secukupnya, seperti menggunanya satu pam vakum atau di altitud tinggi. Pendidihan berlaku dalam tiga peringkat tipikal, iaitu nukleat, peralihan dan pendidihan saput. Peringkat ini biasanya berlaku dari suhu rendah ke suhu tinggi berturutan.

BAHAN BAHAN
500gm ikan tenggiri  , siang, cuci bersih dan
1 biji bawang besar-  hiris halus
4 ulas bawang putih-  dititik
1inci  inci halia, dititik
2 biji cili hijau - Dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis Maggi
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 biji buah tomato – potong 2

BAHAN DIHIRIS
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan bahan diatas kecuali ikan, garam dan gula. Tuang air secukupnya. Masak hingga mendidih


Tambah ikan, asam gelugor, garam dan secubit gula. Kalau suka boleh masukkan serai yang dititik atau bunga kantan. Masak hingga ikan masak, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.

No comments:

Post a Comment