Monday, November 27, 2017

RESEPI AYAM CINCANG GORENG KUNYIT

AYAM GORENG

Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.

Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

RESEPI AYAM CINCANG GORENG KUNYIT 


BAHAN BAHAN
2-3 keping bahagian peha yam - dicincang
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1 sudu besar ketumbar kisar
minyak


PROSES MASAK
Dalam lesung batu, tumbuk halia, kunyit hidup dan bawang putih. Anggaran sebesar ibu jari. Tumbuk lumat.

Lumur bahan-bahan kisar bersama ketumbar kisar, garam dan serbuk cukup rasa secara merata pada ayam yang dicincang. Perap selama 15-30 minit.


Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.

No comments:

Post a Comment