Monday, November 27, 2017

RESEPI PARU GORENG BERLADA

BERLADA / SAMBAL

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI PARU GORENG BERLADA
 
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
500 gm paru
sedikit belacan
garam
gula
air asam jawa
perasa - jika suka
1 biji bawang holland - hiris bulat

BAHAN DIKISAR
1 senduk cili kering - dikisar kasar
1-2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar

PROSES MASAK
Perap seketika paru dengan jus limau kasturi. Cuci bersih, dan rebus agak empuk.

Hiris nipis paru tadi dan goreng agak garing. Toskan minyaknya. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, kacau sebati.

Bila pecah minyak masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Kacau lagi.

Masukkan paru yang sudah digoreng tadi dan gaul dengan sambal lada secara merata.


Masak hingga mesra dan masukkan bawang holland hiris. Kacau rata, biar seketika dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment