Ayam masak merah adalah hidangan
tradisional Malaysia. Ini secara harfiah bermaksud ayam merah yang dimasak
dalam bahasa Inggeris. Ia adalah casserole keping ayam dalam tomato. Potongan
ayam pertama digoreng ke coklat keemasan lalu perlahan-lahan digali dalam sos
tomato pedas. Kacang kadang-kadang ditambah ke dalam hidangan, dan ia dihiasi
dengan daun limau kaffir cincang serta ketumbar. Ia sering dipasangkan dengan
nasi tomato - beras dimasak dengan sos tomato atau pasta, susu, rempah kering,
dan bawang putih, bawang dan halia.
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam - potong kecil dan
dibuang kulit
5 batang serai kisar - ambil bahagian
yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
sos tomato secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong
BAHAN KISAR
20 tangkai cili kering
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
PROSES MASAK
Lumurkan ayam yang dipotong dengan
sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng
hingga 3/4 masak. Ketepikan
Dengan minyak lebihan goreng ayam
tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar
hingga naik bau.Masukkan santan dan kacau lagi
Tambahkan garam, gula dan asam jawa
secukup rasa dan kacau sebati.Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
Masukkan ayam yang telah digoreng
tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
Kacau sekali sekali dengan api
sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment