CEKODOK/ CUCUR
Kuih jemput-jemput atau juga dikenali
sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng
dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1] Jemput-jemput atau cucur
ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai
jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika
diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan
menggunakan ukuran sudu
RESEPI CUCUR LEMAK MANIS LABU KUNING
BAHAN BAHAN
1 mangkuk potongan labu kuning
10 sudu sup membumbung tepung gandum
secubit garam
2 sudu kecil yis kering
1/2 cawan gula - kalau suka manis
boleh ditambah sukatannya
air suam - jika adunan agak keras
minyak untuk menggoreng
PROSES MASAK
Kukus labu kuning dalam microwave
selama 5 minit dengan kepanasan sederhana.
Lenyek halus labu dan tambahkan
tepung, garam,gula dan yis. Gaul sebati.
Sekiranya adunan agak keras dan sukar
disudu semasa hendak menggoreng tambahkan air suam sedikit demi sedikit hingga
mendapat kelembutan adunan yang dikehendaki.
Rehatkan adunan dalam 15-30 minit dan
gorenglah sesudu demi sesudu hingga habis.
Pastikan api jangan terlalu kuat
sebab cucur ini mudah hangus.
No comments:
Post a Comment