Sunday, November 26, 2017

RESEPI IKAN KERISI BALI MASAK ASAM PEDAS NENAS

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan kerisi bali berat kg
cili kering kisar secukupnya
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
garam, gula dan perasa
1 mangkuk kecil potongan nenas

BAHAN KISAR
bawang merah kisar
bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit kunyit hidup kisar
sedikit belacan kisar

PROSES MASAK
Panaskan Sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga masak.

Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan potongan ikan dan gaul dengan bahan-bahan tumis tadi. Tambahkan air separa ikan dan biarkan kuah mendidih barulah masukkan air asam jawa secukupnya.

Biar kuih mendidih sekali lagi baru masukkan potongan nenas. Tunggu hingga kuah mendidih sekejap barulah dimatikan api dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment