Monday, November 27, 2017

RESEPI PISANG GORENG KEJU

Keju (dari perkataan bahasa Portugis: queijo) adalah makanan mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein kasein susu. Lazimnya, susu dijadikan asid dan tambahan renetyang menyebabkan penggumpalan. Pepejal-pepejal itu kemudiannya dipisahkan dan dimasukkan bentuk akhir. Sesetengah keju juga mengandungi kulat, sama ada pada kulit luar atau secara keseluruhannya.

BAHAN BAHAN
7 biji pisang kepuk - kupas dan belah 2 memanjang
6 sb tepung gandum
3 sb tepung beras
1 biji telur
1 sb mentega
sedikit pewarna kuning
air untuk bancuhan secukupnya
Selain itu kita juga perlukan keju yang diparut, 2 sb susu pekat manis dan 2 sb mentega

PROSES MASAK
Bancuh tepung gandum, tepung beras, telur, garam dan mentega bersama air hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Tambahkan sedikit pewarna kuning dan kacau sebati. Rehatkan bancuhan tepung ini sekejap.

Panaskan minyak dan celupkan pisang dalam tepung tadi dan goreng secara terendam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Buat langkah 3 ini hingga habis.

Dalam kuali yang lain pula panaskan mentega hingga cair, masukkan susu pekat. Kacau sebati.

Masukkan sedikit keju parut dan kacau lagi. Kemudian gaulkan dengan pisang tadi.

Angkat pisang dan letakkan di bekas yang sesuai dan taburkan lebihan keju parut tadi. Sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment