Goreng ialah satu proses memasak
dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di
Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk
menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih
banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah
dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap.
Menggoreng dengan minyak yang SEDIKIT dikatakan digoreng secara tohor.
Goreng penuh ialah menggoreng dengan
minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung
sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang
goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China
dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau
garam panas.
BAHAN BAHAN
sotong saiz besar - potong bulat, cuci bersih dan toskan
5 sudu besar - tepung naik sendiri
1 sudu besar - tepung jagung
3 tangkai daun sup - hiris halus
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk knorr - klu suka
1 biji telur - kacau sedikit
air secukupnya
minyak masak secukupnya
BAHAN DIKISAR
sedikit halia muda
3 ulas bawang putih
PROSES MASAK
Gaulkan bersama tepung naik sendiri, tepung jagung, halia muda, bawang putih, telur dan air secukupnya.
Adunan tepung hendaklah jangan terlalu pekat atau cair, lebih kurang tekstur adunan tepung untuk menggoreng pisang.
Masukkan garam dan serbuk sedap knorr. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan hirisan halus daun sup dan gaul rata.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak, celup sotong dalam tepung dan goreng.
Balik-balikkan sotong tadi hingga tepung garing dan bila minyak mulai meletup tandanya sotong telah masak.
Goreng sotong sebaik-baiknya satu-satu dan paling banyak pun 3 potong sotong dalam satu masa.
Angkat sotong dan toskan minyaknya dengan tisu dapur. Buat langkah 4 hingga sotong habis.
|
|
No comments:
Post a Comment