Sunday, November 26, 2017

RESEPI RENDANG CAMPUR

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
BAHAN BAHAN
400 gram daging
sedikit hati lembu
sedikit paru lembu
kerisik secukupnya
santan pekat
daun kunyit
gula melaka
air asam jawa
garam cukup rasa

BAHAN KISAR
10 biji cili kering
3 ulas serai
Sedikit lengkuas
5 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
Sedikit ketumbar
Sdikit jintan kasar
Sedikit jintan halus

PROSES MASAK
Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan air asam, garam dan gula melaka. Masukkan daging, hati dan paru. Masukkan daun kunyit yang disiat dan disimpul. Kacau sebati.

Tambahkan air biar daging, hati dan paru masak empuk. Bila daging, hati dan paru empuk, masukkan santan pekat. Kacau sebati dan biarkan mesra.


Apabila kuah memekat masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan di dalam kuali hingga rendang benar-benar empuk dan mesra.

No comments:

Post a Comment