Sunday, November 26, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK RENDANG

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
BAHAN BAHAN
500 gram udang galah epit biru
2 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
pati santan
kerisik

BAHAN KISAR
10 sudu besar cili
9 batang cili api
3 batang serai
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan goreng udang galah sederhana masak dan ketepikan.

Dengan lebihan minyak tadi tumiskan bahan-bahan kisar dengan daun limau purut hingga naik bau. Masukkan air asam, kacau sebati. Diikuti garam dan gula melaka. Kacau lagi. Bila pecah minyak masukkan pati santan. Kacau lagi.

Masukkan udang yang telah digoreng dan kacau lagi. Masukkan kerisik dan kacau lagi.

Masak dengan api sederhana supaya udang mesra dengan bahan-bahan lain. Siap 

No comments:

Post a Comment