Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang
dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka
dan belacan. Sambal ialah salah
satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan
sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
1 sudu makan asam
jawa
Semangkuk air masak
1 biji bawang besar
- hiris nipis
2 biji tomato -
hiris nipis
BAHAN DITUMBUK
2 cili merah - potong pendek-pendek
15 biji cili api
1 sudu makan belacan bakar
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2 sudu besar kerisik
PROSES
PENYEDIAAN
Selepas selesai tumbuk bahan tumbuk tu, masukkan
kerisik, tumbuk bagi rata.
Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk kasar. Masukkan
tomato, lenyek-lenyek dengan anak lesung.
Campurkan air dan asam jawa. Tapis air asam jawa. Masukkan
bahan tumbuk. Gaul rata.
Hidangkan dan jadi
cicah ikan bakar fuh
No comments:
Post a Comment