Kari ialah nama
untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri
Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia
Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India
merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat
"Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh
penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian,
hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian
dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN BAHAN
500gram ayam –
potong ikut suka
4 sudu besar rempah
kari daging
4 sudu besar serbuk
cili
2 sudu besar rempah
beriani
200 ml Santan kelapa
Air secukupnya
2 keping kiub ayam
ADABI/MAGGI
Sedikit asam jawa
BAHAN TUMIS DITUMBUK/DIHIRIS
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
daun kari secukup
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
PROSES
PENYEDIAAN
Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bahan tumis
hingga naik bau.
Masukkan semua rempah yang telah dibancuh dengan
sedikit air hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak dan kental sedikit.
Masukkankan ayam dan Masukkan santan. Gaul rata.
Masukkan air asam jawa, air secukupnya untuk jadi
kuah. Masak hingga mendidih.
Masukkan kiub ayam dan garam. Teruskan memasak
sehingga pecah minyak.
Siap untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment