Sunday, November 26, 2017

RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI

Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae. Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta. Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara. Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

BAHAN BAHAN
Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong
3 batang cili merah
5 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
sedikit belacan
secekak daun kesum
air asam jawa

garam, gula dan perasa secukupnya

PROSES MASAK
Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.

Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.

Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama air asam jawa dan air ikut citarasa masing-masing.

Masak hingga mendidih. Masukkan batang keladi celur bersama daun kesum.

Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.


No comments:

Post a Comment