Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam
salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan
tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu
boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.
Ayam goreng paling
banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan
yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak
dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu
memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil
memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.
BAHAN BAHAN
500 gram ayam
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk pati ayam
Kacang panjang - potong panjang sesaui
Bawang besar - potong kasar
PROSES PENYEDIAAN
Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan perencah serbuk pati ayam . Perap sebentar.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga masak.
Masukkan kacang panjang dan bawang besar. Goreng sehingga kacang dan bawang layu.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment