Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri
daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain.
Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau
menyekat pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan bahan
ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik,
pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
BAHAN BAHAN
500gm ekor ayam -
potong ikut suka
2 sudu makan serbuk
kari daging
1 sudu makan cili
kering kisar
5 helai daun limau
purut - dihiris halus
Garam
BAHAN DIKISAR
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
BAHAN
DIHIRIS
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
PROSES
PENYEDIAAN MASAKAN
Bersihkan ayam dan toskan airnya.Gaul semua bahan
dengan ayam.
Perap ayam selama 1 jam atau lebih..lagi lama
perap lagi sedap. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng ayam terendam
dengan api sederhana besar
Angkat ayam bersama dengan rempah-rempahnya sekali
dan toskan. Hidangkan ayam panas-panas.
No comments:
Post a Comment