Sambal ialah sos yang diperbuat
daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain
seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan
istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang
berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
3 ekor ikan cencaru belah belakang
digaram kunyit dan digoreng
garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering
5 biji lada merah
5 biji bawang merah k
2 biji bawang putih
sedikit belacan
air asam jawa
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan
kisar hingga naik bau.
Tambahkan garam, gula dan perasa
mengikut citarasa masing-masing, kacau sebati.
Biarkan sambal tadi mesra dan kacau
sekejap-sekejap supaya tidak hangus.
Masukkan ikan cencaru yang digoreng
tadi dan gaul dengan sambal secara merata. Bolehlah dihidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment