Sunday, November 26, 2017

RESEPI UNGKEP SOTONG BERLADA

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
500 gram sotong dicuci bersih
air asam jawa
garam dan gula ikut citarasa

BAHAN KISAR
6 biji bawang
2 biji bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
2 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
secubit jintan kasar

PROSES MASAK
Gaulkan sotong dengan semua bahan kisar bersama garam dan gula secara merata dan perap 30 minit atau lebih.

Panaskan minyak dan tumis sotong bersama bahan-bahan kisar tadi. Kacau dan tutup kuali.

Masak dengan api sederhana dan hendaklah dikacau sekali sekali hingga air sotong kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment