Sunday, November 26, 2017

RESEPI KARI KAMBING TANPA SANTAN

KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli

RESEPI KARI KAMBING TANPA SANTAN
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
400 gram daging kambing
7 biji bawang merah dihiris
rempah tumis
1 paket kecil rempah kari daging Babas
1/2 paket kecil rempah kari ikan Babas
3 biji kentang - potong 4
sedikit air asam jawa
garam, gula secukupnya
air secukupnya

BAHAN DIKISAR
9 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit halia

PROSES MASAK
Tumis hirisan bawang bersama rempah tumis hingga naik bau.  Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari kacau sebati.

Bila bahan-bahan tadi sudah pecah minyak, masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.

Tambahkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi.


Bila sudah naik bau, masukkan daging kambing. Gaulkan bersama bahan-bahan tumis dan masukkan air. Masak hingga kuah mendidih dan masukkan kentang ke dalamnya. Bila kentang dan daging kambing empuk bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment