Sunday, November 26, 2017

RESEPI TONGKOL GORENG SAMBAL

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI TONGKOL GORENG SAMBAL
 
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan tongkol - potong bulat
1 biji bawang besar dihiris bulat
sedikit belacan dikisar
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
sedikit air asam

BAHAN DIKISAR
9 tangkai cili kering
3 batang lada merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

PROSES MASAK

Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit kunyit. Goreng dan ketepikan.Dengan minyak lebihan gorengan ikan tadi tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.

Masukkan air asam jawa. Kacau sebati. Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaulkan dengan sambal hingga mesra.


Masukkan hirisan bawang besar dan gaul sebati. Biar bawang sederhana layu bolehlah dimatikan apinya.

No comments:

Post a Comment