KICAP
Goreng ialah satu proses memasak
dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di
Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk
menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih
banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah
dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap.
Menggoreng dengan minyak yang sedikit dikatakan digoreng secara tohor.
RESEPI TELUR MATA MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
6 biji telur ayam - digoreng mata
10 biji cili api - biar sebiji-sebiji
1 biji tomato - dibelah 4
3 batang lada merah - dipotong 4
air asam jawa secukupnya
gula secukup rasa
kicap masin secukupnya
BAHAN DIHIRIS
1/2 batang lobak merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih - dihiris
PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan
bawang besar, bawang kecil dan cili merah hingga layu
Masukkan kicap, air asam jawa dan gula.
Kacau sebati. Masukkan telur diikuti cili api dan carrot. Kacau lagi.
Masukkan tomato, kacau sebati.
Biarkan seketika di atas api, bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas.
No comments:
Post a Comment