Sunday, November 26, 2017

RESEPI LEMAK PUTIH LABU DENGAN UDANG

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN BAHAN
1/4 biji labu manis - dikupas kulit, dibuang biji dan dipotong ikut suka
350 gm udang saiz sederhana - dikupas kulit dan tinggalkan ekor sahaja
3-5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
udang kering - banyak ikut suka
1 cawan santan
air

PROSES MASAK
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga agak lumat.

Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama labu manis dan air paras-paras labu tadi. Rebus hingga labu agak empuk.

Tambahkan santan dan kacau sebati. Apabila kuah sudah mendidih masukkan udang dan rasakan dengan garam. Kacau lagi.

Biarkan seketika di atas api dan sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment