Masak lemak ialah sejenis masakan
Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis
juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan
masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi
penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan
gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat,
bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
Variasi masak lemak juga terdiri
daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau
bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali
sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini
turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya
susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk
mendapatkan barang-barang masakan.
Penggunaan atau kaedah masak lemak
ini sangat lazim pada budaya yang asal-usulnya di kawasan yang banyak
menggunakan pokok kepala dalam kehidupan dan pemakanan seharian seperti orang
Minang, orang Jawa, orang Pantai Timur Malaysia dan mereka yang duduk
berhampiran sawah serta pantai.
BAHAN BAHAN
4 ekor udang galah
9 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah lagi
5 batang serai dititik
sedikit air asam jawa
200 ml santan
air secukupnya
garam
BAHAN DIKISAR/TUMBUK
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
PROSES MASAK
Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan air mengikut citarasa. Kacau sebati.
Masukkan santan dan kacau lagi. Bila kuah sudah menggelegak masukkan udang galah yang telah siap disiang tadi.
Kacau dan biarkan udang galah tadi masak. Rasakan masin secukup rasa dan matikan api.
No comments:
Post a Comment