Monday, November 27, 2017

RESEPI MIHUN GORENG SINGAPURA

Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu beras dan "hun" iaitu tepung. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara China dan Asia Selatan, seperti India.


BAHAN BAHAN
200 gm Mihun
100 gm isi ayam - di potong kecil
6 ekor udang segar
1 ekor sotong - di hiris
1 peket fish cake - di potong potong
1 bj Lobak merah - di potong panjang
5 tangkai sawi
kobis - di potong potong
1 kiub ayam
3 btg daun sup - di hiris
sedikit bwg goreng
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

BAHAN DIKISAR/ DITUMBUK
4 biji Bwg merah
2 ulas bwg putih
3 cm halia
5 bj cili api
50gm Lada hitam

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan Kisar sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukan lada hitam , ayam dan di sertakan sotong dan udang sehingga masak

Masukan sayur Lobak merah , sawi , kobis dan di sertakan fish cake

Letakkan kiub ayam , garam n gula secukup rasa. kacau rata Masukan mihun yg siap di tos td dan kacau rata


Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment