Friday, December 22, 2017

RESEPI APAM GULA HANGUS

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

RESEPI APAM GULA HANGUS
BAHAN BAHAN
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

PROSES PENYEDIAAN
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.


Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment